Monday 23 May 2011

Ape itu Typhoid ???

 

   Anda semua tahu ape tu typhoid??? Typhoid adalah sejenis demam yang disebabkan oleh makanan atau air tercemar daripada tinja yang mengandungi bakteria Salmonella enterica. Bakteria ini sesuai untuk membiak pada suhu badan manusia iaitu 37darjah celcius. -wikipedia


Simptom2:
1. demam yang mencapai 40 darjah celcius
2. berpuluh dan  gastroenteritis.
3. sestengah situasi, ruam-ruam merah akan muncul



    Disebabkan typhoid ini,pengendali makan seperti pekerja di restoran biasenya diwajibkan mengambil vaksin typhoid ini untuk mengelakkan pelanggan mengalami keracunan makan dan mengelakkan perusahaan anda seperti restoran dan sebagainya disaman oleh pelanggan apabila berlaku kes keracunan makanan. di Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan DBKL yang terletak di jalan Cheras sahaja ynag menawarkan vaksin ini pada kadar RM21. Klinik swasta juga menawarkan perkhidmatan ini tetapi pada kadar RM50 - 90...So sape2 yang nak berkerja sebagai pengendali makanan or di restoran spt pizza ke ape bolehlah mendapatkan vaksin ini....vaksin ini bertahan untuk 3 tahun sahaja,selepas itu perlu du cucuk ag

Friday 20 May 2011

My First time







     Haaaa,pic duit arini bukan menandakan nak promo MLM ke ape,tp itulah elaun aku dapat semasa orentasi di Convex Malaysia...Korang tahu x ape convex tu??? Convex tu merupakan syarikat yang menguruskan KLCC Convention Centre...Aku skrg part time disitu....Dari kecik smpi aku besar,nie la kali pertama aku berkerja untuk mendapat duit sendiri,hohohoo....syok jugak kerja nie,b4 nie duk lepak jer mase cuti semester,tp sem nie akhirnya dengan dorongan member2,aku dapat gak kerja for 1st time...Nk kena simpan duit and beli pape yang patut gak nih.


Thursday 19 May 2011

Sahabat yang kembali kepada yang esa

Hari ini aku telah dikejutkan dengan perginya sahabat kolej aku Abdul Hakim bin Mohd Kamal yang telah kembali ke rahmatullah secara tetiba...aku pada waktu pegi sedang mengisi borang untuk part time di klcc terkejut setelah mendapat tahu tentang pemergiannya...Aku dan member aku baru saja plan nk pegi melawatnya di ICU di hospital putrajaya tetapi belom sempat kami pergi, tuhan telah mengambilnya pergi untuk selamamya...Beliau merupakan owner www.telordibasuh.blogspot.com, dan dikenali oleh blogger2 di malaysia telah diserang sakit asma yang teruk...aku pon baru sahaja balik dari pengkebumiaannya dan semuanya berjalan dengan lancar...papepun semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan antara orang2 yang soleh....Al-fatihah

Wednesday 18 May 2011

Sedeyyyynya akuuuuu

Hari nie aku teman member aku pi tesco kat Mutiara Damansara...Mula2 pegi tesco jer,tp sebelom balik umah member aku nk pegi guardian plakkkkkmso kena la pegi ikano...Pegi2 aku tgk punya la ramai org kat ground level tuh duk memilih baju + kasut + beg + jeans brand padini...aku yang sker shopping nie punya la kecewa sbb time2 aku da nipis poket la dier wat sale...up to 70% plak tuh,mmg sedey gila la aku time tu...tp dengan penuh kesabaran aku tahan jela,kang mkn pasir aku plak nnti ujung bulan nie sbb nk shopping.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! ;-(

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru


     Setiap orang pernah diajar oleh insan yang bernama guru a.k.a cikgu. Dari kecil sampai besar kita didik oleh guru supaya menjadi insan yang baik dan berguna pada masa hadapan.Aku di sekolah dulu boleh di katakan  budak yang agak baik di sebabkan aku jarang melanggar peraturan sekolah dan baik dengan guru aku. Walaupun aku baik tp aku masih ingat peristiwa dirotan oleh guru, rambut kena potong kerana terlalu panjang, berdiri luar kelas sbb xsiap kerja sekolah, ponteng sekolah dan sebagainya. Perkara ini akan menjadi nostalgia untuk aku smpi ke hari ini dan menjadi kenangan semasa membesar untuk  menjadi insan yang di harapkan oleh guru. Aksi kejar-mengejar antara guru dan pelajar yang ponteng juga aku slalu lihat (tp bukan aku k). Guru-guru biasanya akan lebih mengingati para pelajar yang selalu menimbulkan kesalahan tapi xdilupakan juga kepada pelajar yang sentiasa mendapat akademik terbaik ( ini pon bukan aku da....)
     First of all aku nk tribute ucapan selamat hari guru buat ayahku yang merupakan warga pendidik juga,xlupe kepada guru-guru yang pernah mengajarku dari kecil hingga aku di universiti sekarang.Nie list antara cikgu yang aku ingt,sori klau xtermasuk sbb luper da nama2 cikgu aku,walau apa pun "Selamat Hari Guru di Ucapkan" dan Terima kasih kerana mendidik aku). tq

(cikgu ismail, cikgu midah, cikgu,zaimah, cikgu tengku maziah, cikgu tarmizi, cikgu rohani, cikgu kamalul, cikgu pa, cikgu maziah, ustazah zainab, cikgu kasmawati,cikgu fazliyaton,cikgu othman,cikgu midah, ustaz azmi, cikgu  nooriah, cikgu salwani, ustaz razi dan lain-lain) (aku da lupe nama2 cikgu aku daaaa)